Daging Rawan

Ramuan / Bahan

300 gm daging cincang
½ sudu teh ketumbar
½ sudu teh jintan manis
½ sudu teh jintan putih
1 sudu teh rempah putih
1 sudu teh rempah kari 2 biji bawang putih
Sedikit belacan
Sedikit kunyit, serai dan lengkuas
Secubit asam jawa
1 cawan santan
Kayu manis, cengkih dan bunga lawang

Cara-cara

Bersihkan daging sebelum direbus empuk. Semua bahan rempah digiling lumat. Lengkuas, serai dan kunyit dimayang. Tumis bahan-bahan yang digiling dan dimayang tadi. Apabila naik minyak masukkan serbuk perasa, air asam jawa dan garam. Masukkan bunga cengkih, kayu manis dan bunga lawang sebelum diangkat.