Daging Puteri Manis

Ramuan / Bahan

2 kg daging, dihiris nipis-nipis
1 mangkuk santan pekat, dari sebiji kelapa
Sedikit air asam jawa
Sedikit gula dan serbuk perasa
Garam secukupnya
Minyak sapi
1 tangkai daun kari
10 biji bawang merah

10 camca sederhana serbuk ketumbar
5 camca sederhana jintan manis
5 camca sederhana jintan putih
8 sudu besar cili giling
5 ulas bawang putih
Sebatang kulit kayu manis, sedikit cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
10 cm halia


Cara-cara

Panaskan minyak sapi. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk. Masukkan juga daun kari, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.

Masukkan rempah yang telah dibancuh. Kacau hingga terbit minyak.

Masukkan daging. Kacau lagi hingga sebati.

Masukkan air asam, garam, serbuk perasa dan santan. Masak hingga pekat.