Daging Puri Pudina

Ramuan / Bahan

600 gm daging(tanpa lemak)
1 tin tomato puri
5 labu bawang besar
6 ulas bawang putih 100 gm daun pudina
2 cawan susu rendah lemak
2 cm halia muda

Cara-cara

Daging dipotong dadu & direbus hingga empuk. Mesin halus bawang besar, bawang putih, & halia. Tumiskan kesemua bahan yang dimesin hingga garing. Masukkan tomato puri. Gaul rata & tuangkan daging yang direbus tadi. Masukkan susu rendah lemak & daun pudina yang diceraikan daun dari tangkainya. Jangan lupa satu sudu besar garam & satu setengah sudu besar gula / secukup rasa.
Kacau daging hingga kering di atas api yang kecil kerana kuah mudah berkerak.