Cucur Rodey

Ramuan / Bahan

½kg Kacang dal
2 sudu meja jintan manis
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 cili
sedikit daun bawang
garam
serbuk perasa
minyak masak untuk mengoreng

Cara-cara

Kacang dal direndam 1/2Jam dan dikisar halus menggunakan blender.

Bawang putih,bawang merah di tumbuk.
cili dihiris nipis, daun bawang dipotong halus

Campurkan dan gaulkan semua bahan kacang dal, bawang merah dan putih, cili, daun bawang, garam dan serbuk perasa.

Setelah digaul bentukkan campuran tadu dengan tangan seperti bentuk batu leper sebesar 2-3 inchi garispusat dan gorengkan diminyak yang panas.