Daging Panggang Bersos Tamar

Ramuan / Bahan

1 kg daging lembu (ambil bahagian lembut)
60 gm bawang merah (dikisar)
30 gm bawang putih (dikisar)
20 gm halia (dikisar)
20 gm lengkuas (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
6 tangkai cili kering (dikisar)
10 gm kulit kayu manis 120 gm sos tomato
120 gm minyak masak
7 biji buah kurma (dibuang biji dan dipotong kecil)
1 tangkai daun saderi
½ cawan air sejuk
15 gm daun bawang
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Bakar daging di dalam ketuhar atau atas bara sehingga ia masak dan aturkan di dalam pinggan.

Tumiskan bahan-bahan yang dikisar serta kulit kayu manis sehingga naik baunya.

Masukkan sos tomato dan air sehingga ia mendidih.

Masukkan pula buah kurma dan gaul, kemudian tambahkan garam dan gula secukup rasa.

Tuangkan bahan-bahan yang ditumis ke atas daging dan tabur daun bawang, daun saderi sebagai hiasan.