Daging Panggang Berkicap

Ramuan / Bahan

500 gm daging batang pinang bahagian atas
1 camca kicap manis
marjerin/minyak sapi untuk memupuk 6 oz bendalir (180 ml) air santan
½ camca marjerin
hirisan-hirisan limau nipis

Bahan Giling:
3 ulas bawang putih
2.5 cm kengkuas
1 camca lada sulah
2 camca garam

Cara-cara

Hiriskan daging supaya menjadi kepingan-kepingan yang tipis & panjang.Cucukkan rata-rata seluruh bahagiannya sebgan sebatang garpu. Campurkan 1/2 camca. Kicap manis dengan bahan giling. Gaulkan dengan daging & ketepikan selama 15-20 minit.Panggang daging itu dengan melumur atau memupakkannya dengan minyak hingga masak. Campurkan pati santan dengan 1/2 camca,marjerin & kicap manis yang selebihnya. Tuangkan dalam sebuah periuk. Masukkan daging yang telah dipanggang & jerangkan di atas api yang besar.Goreng cepat-cepat hingga semua airnya kering. Siat-siattkan daging itu supaya menjadi kepingan-kepingan yang lebih kecil.Isikan ke dalam mangkuk & hidangkan panas-panas dengan kicap manis & hirisan-hirisan limau nipis.