Daging Panggang Berjagung Manis

Ramuan / Bahan

500 gm daging (biar ia seketul, jangan dipotong, dibersihkan dan dilap dengan tisu dapur)
2 camca besar lada hitam (ditumbuk kasar dan dibubuh sedikit garam 1 camca teh minyak zaitun
2 biji jagung (dikukus)

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius.

Golekkan seluruh permukaan daging pada lada hitam sehingga ia rata.

Sapu minyak zaitun pada seluruh daging, bakar ia 40 minit atau sehingga daging masak.

Hiris daging nipis dan hidangkan bersama jagung kukus di dalam pinggan.