Daging Nasi Kandar

Ramuan / Bahan

1 kg daging lembu (dihiris sederhana nipis)
3 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar serbuk kari daging
2 biji tomato
2 biji cili hijau
2 helai daun pandan
2 tangkai daun kari
2 batang serai
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
2 cawan air
garam
gula

Cara-cara

Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar halus menggunakan 2 cawan air dan digaulkan bersama dengan serbuk kari daging.
Panaskan minyak dalam periuk dan setelah minyak panas, masukkan daun kari yang telah dilurut. Masukkan bahan kisar, daging, buah tomato yang telah dibelah 4, serai yang dititik dan dikoyak-koyakkan, daun pandan yang telah dikoyakkan dan diikat serta cili hijau yang dibelah 2.
Rebus dengan api sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan daging telah empuk. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sebelum padamkan api dapur, masukkan minyak sapi untuk mengharumkan lagi masakan.