Daging Masak Sambal Halia

Ramuan / Bahan

½ kg Daging
½ inci halia (dihiris)
2 biji kentang (dipotong 4 dan di goreng)
1 ulas bawang besar (dihiris)
1 cawan air asam jawa
Garam dan gula (secukup rasa)
Minyak (untuk menumis)
Bahan dikisar:
9-11 keping cili kering
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 ½ inci halia

Cara-cara

1. Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan halia yang telah dihiris. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan bahan yang telah dikisar.Tumis hingga garing dan naik bau.
3. Masukkan daging,biar hingga keluar airnya,baru dikacau. Tunggu hingga daging masak.
4. Masukkan air asam jawa. Tunggu hingga ia mengelegak. Masukkan kentang dan bawang besar.
5. Masukkan secukup rasa gula dan garam. Biarkan ia pekat