Daging Masak Samak

Ramuan / Bahan

500 gm daging, dipotong nipis
150 gm tomato, dihiris
3 sm halia, dikisar
5 ulas bawang putih, dikisar
10 gm cili boh
1 camca sedang serbuk ketumbar
1 camca teh serbuk jintan halus
1 camca teh serbuk lada putih
30 gm tairu 250 gm air
40 gm puri tomato
30 gm bawang merah, dihiris
2 sm kulit kayu manis
4 biji pelaga
3 kumtum bunga cengkih
80 gm minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis cengkih, pelaga, kulit kayu manis dan bawang merah hingga kuning. Masukkan daging, halia, cili boh, serbuk jintan halus, serbuk lada putih, serbuk ketumbar dan bawang putih. Kacau hingga rata. Masukkan air dan biar hingga daging empuk. Masukkan puri tomato, tairu dan tomato hiris. Kacau hingga sebati dan biar sebentar. Apabila daging cukup empuk dan kuah pekat, bubuh gula dan garam. Kacau hingga rata baru diangkat.