Daging Masak Masam Manis

Ramuan / Bahan

Daging - ikut suka
Bawang besar - 2 biji (dihiris kasar)
Bawang kecil - 2 biji (dihiris kasar)
Cili masak - 2 biji (dihiris kasar)
Cili giling
Sos tomato
Gula - secukup rasa
Garam - secukup rasa

Cara-cara

1.Daging direbus hingga empuk dan dihiris nipis-nipis.
2.Panaskan minyak dan gorengkan daging yang telah dihiris tadi.Kecutkan ia sebentar.
3.Kurangkan sedikit minyak di dalam kuali.(daging dibiarkan dalam kuali sahaja).
4.Tumiskan bawang,bawang putih dan cili tadi bersama-sama daging tadi.
5.Masukkan sedikit cili giling, tomato sos, gula dan garam.
6.Gaulkan hingga sesedap rasa.