Daging Masak Lemak Cili Padi Special

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan utama:

1 kilo daging (dihiris sederhana)
1 peket rebung (dihiris nipis & direbus 3 kali & dibuang airnya)
1 biji kelapa (ambil pati santan & pemancarnya sekali)
3 batang serai diketuk
3 biji tomato (dibelah 4 bahagian)- jika suka 2 biji bawang besar (dimesin halus)
3 biji bawang putih (dimesin halus)
1 inci lengkuas (dimesin halus)
50 sen cabai melaka (dimesin halus)
1 inci belacan (dimesin halus)
½ camt. serbuk kunyit (dimesin)
Sedikit air (untuk mengisar)
1 keping asam gelugor
Sedikit garam, gula & perasa secukup rasa.

Cara-cara

Daging dihiris, diperap dengan segenggam tepung untuk menghilangkan hanyir daging selama 15 minit. Bersihkan daging dan toskan serta ketepikan sebentar. Rebus rebung dan buangkan airnya/sejat (rebus 2 @ 3 kali untuk menghilangkan baunya).

Kisar bahan-bahan yang diperlukan sehingga halus.

Rebus daging bersama sedikit air sehingga empuk. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Diikuti dengan garam, serai & asam gelugor.

Apabila empuk, masukkan pati santan, rebung,gula & gaul sebati. Akhir sekali, masukkan tomato kacau sebentar & angkat.