Daging Masak Lemak Cili Api (Negri Sembilan Style)

Ramuan / Bahan

½ kg daging batang pinang
2 batang serai
20 biji cili padi
3 biji ubi kentang
½ inci kunyit hidup












2 atau 1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 helai daun kunyit
sedikit garam
½ cawan air












Cara-cara

1) Blend cili api,kunyit hidup sehingga halus.
2) Kemudian masukkan bahan yang telah di blend, serai yg telah dititik(ditumbuk sedikit)kedalam periuk. Masukkan daging dan tambah sedikit air. Masak sehingga daging empuk.
3) Jika daging telah empuk mskkan santan
cair dan air tadi. Kemudian mskkan ubi kentang dan daun kunyit.
4) Apabila ubi kentang telah empuk, mskkan santan pekat dan garam.Tutup api.