Daging Masak Kicap Special

Ramuan / Bahan

50 grm daging-dihiris nipis
5 sudu besar cili kering yg tlh dikisar
5 ulas bawang merah-dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
1 sudu besar jintan manis-ditumbuk halus
1 sudu kecil lada hitam-ditumbuk halus
3 sudu besar kicap pekat manis
sedikit garam

Cara-cara

Daging yang telah dihiris digoreng dengan minyak sehingga masak.Kemudian angkat dan dengan menggunakan minyak yang sama,tumis pula bahan-bahan yg telah dikisar tadi sehingga naik bau.Kemudian masukkan sedikit garam beserta kicap manis.Akhir sekali masukkan daging bersama-sama jintan manis dan lada hitam.Gaul sehingga sebati dan cukup rasa.