Daging Masak Kicap Istimewa

Ramuan / Bahan

500 gram daging ( dipotong )
7 sudu besar kicap lemak manis
1 biji bawang besar (dihiris mayang )
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Garam secukup rasa
Ajinomoto
Minyak masak Bahan Untuk Dikisar

10 biji cili kering
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inchi halia

Cara-cara

1. Daging direbus selama 20 minit. Air rebusan jangan dibuang
2. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga naik minyak.
3. Masukkan satu cawan air rebusan daging dan bawang besar yang dihiris mayang
4. Masukkan kicap dan daging
5. Garam dan ajinomoto secukup rasa
6. Masak selama 10 minit