Daging Masak Kicap Istimewa

Ramuan / Bahan

½ kg daging lembu
5 biji cili merah (digiling asing)
1 camca kecil jintan putih (digiling)
1 camca besar serbuk cili
2 hiris halia
Sedikit kicap pekat
1 kuntum bunga lawang
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar 2 tangkai cili hijau
Garam secukup rasa
½ labu bawang besar
1 camca kecil kaskas (digiling)
1 camca kecil jintan manis (digiling)
3 ulas bawang putih (dikisar)
2 camca besar sos tomato
2 batang kecil kulit kayu manis

Cara-cara

Rebus daging bersama bahan yang dikisar hingga lembut. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bawang merah hingga naik bau. Selepas itu, masukkan rempah daging, serbuk cili dan bahan-bahan yang digiling, masak hingga naik bau. Kemudian masukkan daging bersama bawang besar yang dimayang. Masukkan kicap pekat, sos tomato, cili hijau dan garam. Biarkan kering, setelah itu bolehlah dihidangkan.