Daging Masak Kicap Hitam

Ramuan / Bahan

Daging tanpa lemak 1 kilo
Bawang besar ½ kilo
Cili merah ½ kilo
Kicap Kipas Udang Lemak Manis
Cuka

Cara-cara

1. Daging dipotong lebar dan nipis.
2. Perap daging tadi dengan cukai dan kicap lebih kurang 10 minit.
3. Goreng daging yang telah diperap hingga setengah masak.
4. Cili merah dibuang bijinya supaya tidak terlalu pedas dan dikisar.
5. Tumis cili hingga naik minyak dan masukkan kicap.
6. Masukkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam cili yang sedang ditumis dan masukkan juga bawang besar yang telah pun dihiris serong.
7. Gaulkan semua bahan-bahan tadi dan bolehlah dihidangkan.