Daging Masak Kicap Berkuah

Ramuan / Bahan

*½ kilo daging batang pinang-dipotong kepingan memanjang
*5 biji bawang merah-dimayang
*1 biji bawang putih-dimayang
*8 biji lada kering-dikisar halus
*1 inci halia-dimayang
*sedikit sos cili
*sedikit kicap pekat
*sedikit asam jawa-diambil airnya
*sebiji tomato *bunga cengkih
*buah pelaga
*bunga lawang
*lada hitam
*sedikit garam
*sedikit perasa
*sedikit minyak untuk menumis
*2 gelas air-mengikut selera masing2 samada mahu kuah yang banyak atau tidak

Cara-cara

Mula-mula tumis bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang, lada hitam hingga garing kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia dan biarkan ia garing. setelah bau telah terbit, masukkan lada kering yang dikisar, biarkan hingga ia garing. setelah itu masukkan daging dan biarkan ia sekejap supaya ia mesra dengan api perlahan. Setelah daging empuk masukkan air. tambahkan buah tomato, garam dan perasa secukup rasa. bolehlah dihidangkan