Daging Masak Kicap Ala ibu mertuaku..

Ramuan / Bahan

500 gram daging
2 camca kecil lada hitam
1 biji bawang besar(dipotong bulat)
2 sudu kicap pekat
3 sudu kicap lemak manis
1 sudu kecil sos tiram
½ sudu serbuk kari
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
garam gula

bahan kisar

3 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara

daging dipotong nipis lalu digoreng.kemudian panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dan bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.setelah itu masukkan kicap pekat,kicap lemak manis,sos tiram,lada hitam dan serbuk kari.kacau bahan hingga mendidih.kemudian masukkan daging yang siap digoreng serta bawang besar yang dipotong bulat tadi.akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa..siap untuk dinikmati seisi keluarga...