Daging Masak Hitam Manis

Ramuan / Bahan

BAHAN A

½ kati daging lembu
Kicap manis (kipas udang)
2 sudu cili kering (ikut suka kepedasan)
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga BAHAN B

2@3 sudu serbuk jintan manis
2@3 sudu serbuk jintan putih
1 inci halia }
5 biji bwg kecil } dikisar
4 biji bwg putih }

Bahagikan bhn diatas kepada 2 bahagian.
(1 utk digaul dengan daging,1 lagi utk menumis)

Cara-cara

Daging direbus bersama2 kicap cair (agak2lah kicap tu sebab daging bila direbus mengeluarkan banyak air).Air rebusan daging jangan dibuang.Apabila sudah empuk, boleh dipotong kecil2 dan digaul bersama2 bahan B tadi sampai sebati.Goreng sekejap (jangan terlampau garing).Angkatkan dan ketepikan daging.Masukkan pula lebihan bahan B tadi, gorengkan dan masukkan pula cili kering.Selepas itu, masukkan daging yang digoreng tadi bersama air rebusan.Gaul hingga sebati.Akhir sekali masukkan bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis.Biar agar pekat sedikit.Kalau kurang hitam masukkan kicap lagi.