Daging Masak Hitam

Ramuan / Bahan

300 gm daging
2 sudu besar lada hitam
2 labu bawang besar
20 biji bawang merah
5 cm halia, dihiris nipis
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
5 sudu besar kicap pekat
Minyak secukupnya
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Daging dibersihkan, direbus dan kemudian digoreng.

Lada hitam, bawang merah, halia, bawang putih dimayang nipis. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tadi.

Setelah wangi, masukkan daging. Biarkan hingga empuk dan keringkan airnya. Kemudian masukkan cili hijau dan juga cili merah serta kicap, garam, gula dan serbuk perasa.