Daging Masak Hitam

Ramuan / Bahan

1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
Minyak masak
½ cawan kicap pekat
Air asam jawa
Garam Bahan dikisar:

4 biji bawang besar
3 inci halia
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
20 biji cili kering

Cara-cara

Daging direbus hingga empuk bersama bawang besar, halia bawang putih dan jintan manis yang telah dikisar.

Bila daging empuk, masukkan kicap.

Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris hingga garing. Masukkan cili yang telah dikisar.

Akhir sekali, masukkan daging yang telah direbus, air asam jawa dan garam secukup rasa.

Biarkan hingga mendidih. Apabila sudah masak, bolehlah dihidang.