Daging Masak Hitam

Ramuan / Bahan

1 kg daging pejal (direbus hingga empuk)
60 gm bawang merah (dikisar)
30 gm halia (dikisar)
1.5 cm kulit kayu manis
5 gm daun kari
50 gm sos tomato
50 gm sos cili
40 gm cili kisar Gula, garam & serbuk perasa secukupnya.
4-5 sudu makan kicap pekat
30 gm minyak masak
3 sudu makan minyak sapi
5 sudu makan serbuk kari daging
3 sudu makan serbuk jintan manis
3 sudu makan serbuk jintan putih

Cara-cara

Panaskan minyak masak & minyak sapi, kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar, daun kari, kulit kayu manis, rempah kari daging, jintan putih & jintan manis. Kacau sehingga betul-betul masak. Tuangkan sedikit air, biarkan mendidih. Masukkan pula sos tomato, sos cili, kicap pekat & dikacau sehingga mendidi. Masukkan serbuk perasa
& garam secukup rasa. Hidangkan ketika masih panas & taburkan sedikit bawang goreng untuk hiasan.