Daging Masak Daun Salam

Ramuan / Bahan

500 gm daging
3 cm halia
½ cawan air
4 helai daun salam
2 sudu makan mentega
4 sudu besar susu segar
2 sudu makan jus limau nipis
½ biji buah pelaga (diketuk) Bahan dikisar:
5 biji cili besar
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara-cara

Didihkan air dan celur daging (separuh masak). Panaskan kuali dan masukkan mentega. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, hingga naik baunya kemudian tuangkan bahan-bahan yang dikisar hingga kekuningan. Masukkan daging dan air, kacau hingga sebati dengan bahan tumisan. Biarkan di atas api kecil hingga air kering. Masukkan susu segar dan jus limau nipis, garam secukup rasa serta daun salam. Biarkan seketika di atas api. Angkat dan hidangkan.