Daging Masak Ceylon

Ramuan / Bahan

600 gm daging
½ cawan kicap manis
2 sudu kicap masin
Daun kari
4 biji bawang besar (dikisar halus)
2 sudu kerisik
1 sudu kecil air asam jawa
Garam (sedikit jika kurang masin) 6 biji bawang merah (dikisar)
5 biji bawang putih (dikisar)
1 cm halia (dikisar)
2 cm lengkuas(dikisar)
Kulit kayu manis
Bunga lawang
1 sudu cili kisar
2 sudu besar serbuk kari daging

Cara-cara

Perapkan daging bersama kicap manis,kicap masin dan daun kari.
Tumiskan kulit kayu manis,bunga lawang dan bahan-bahan yang dikisar.Setelah naik bau masukkan cili kisar hingga pecah minyak dan masukkan rempah kari (dijadikan pes).Masak hingga pecah minyak kemudian masukkan daging perap ,air asam jawa dan masak hingga daging empuk kemudian masukkan kerisik dan bawang besar yang dikisar serta garam.Masak hingga kering jika anda suka.