Daging Masak Bombay

Ramuan / Bahan

1 kg daging
5 ulas bawang putih (digiling)
7 biji cili kering (digiling)
Sedikit pelaga, Kulit kayu manis,
Bunga cengkih dan garam secukup rasa
1 batang lobak merah(dipotong dan digoreng)
½ cawan kicap
2 tangkai daun ketumbar
2 labu bawang besar (dihiris) 4 labu bawang besar(digiling)
5 sm halia (digiling)
1 camca kecil lada putih (digiling)
4 biji kentang (dipotong 4)
2 camca besar rempah daging
3 biji tomato (dihiris)
2 tangkai daun pudina
4 camca sedang minyak sapi

Cara-cara

Daging, bawang besar, bawang putih dan halia digaul bersama kicap dan perapkan. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, dan buah pelaga. Biarkan sehingga garing. Kemudian masukkan cili giling, lada putih dan rempah daging. Biarkan sehingga garing dan masukkan daging beserta air. Tunggu sehingga empuk dan pekat baru masukkan tomato, kentang, lobak, daun pudina dan ketumbar. Setelah itu bolehlah dihidangkan.