Daging Masak Beriani

Ramuan / Bahan

1 kg daging lembu (potong 2.5 sm persegi)
1 tin tomato puri
1 camca besar lada sulah
3 biji bawang merah atau 1 labu bawang besar
5 biji telur rebus
½ cawan buah gajus
2 biji bawang putih
Garam secukup rasa
2 camca besar rempah beriani
¼ cawan minyak masak 3 biji tomato
5 biji cili hijau
2 labu bawang besar
5 biji ubi kentang
½ cawan buah badam
1 camca besar madu
5 sm halia
1 tin susu cair
½ cawan kismis

Cara-cara

Bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia, cili hijau dan lada sulah digiling halus. Perap daging bersama rempah beriani dan bahan kisar selama 1/2 jam. Tumis hingga naik bau, masukkan tomato puri, madu dan susu cair, masak hingga empuk. Masukkan kismis, badam, tomato, biji gajus, biji badam, kentang dan telur. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.