Daging Kurma Kambing

Ramuan / Bahan

600 gm daging kambing
300 gm tomato
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih 4 cm halia
500 gm rempah kurma
5 sudu besar minyak masak
2 mangkuk santan pekat dari sebiji kelapa

Cara-cara

Daging dibersihkan.

Tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Bila sudah wangi, masukkan rempah kurma dan juga daging.

Biarkan daging empuk, kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih sebentar.

Akhir sekali, masukkan tomato.