Daging Kulit Manis

Ramuan / Bahan

600 gm daging
600 gm kentang
150 gm bawang merah
2.5 cm halia
5 ulas bawang putih
5 labu bawang besar 2 sudu besar minyak sapi atau minyak
1 sudu besar kicap
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 sudu teh gula
5 biji timun
Garam secukup rasa

Cara-cara

Potong daging 3 cm x 2.5 cm dan gaul dengan gula. Ketepikan. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia. Basuh dengan air garam dan tumbuk. Gaul dengan daging. Jerang air di dalam periuk dan masukkan daging. Masak hingga daging empuk. Rebus kentang sehingga empuk. Ambil 5 biji, kupas dan lecek hingga lumat. Gaul dengan kicap hingga sebati. Panaskan minyak dan masukkan daging yang sudah masak. Masukkan kentang bercampur kicap dan goreng hingga kering. Masukkan serbuk kulit kayu manis dan kacau. Ptong bulat-bulat kentang yang lebih, bawang besar dan timun untuk dijadikan hiasan semasa menghidang.