Daging Kukus Cara Barat (Steam Meat Cake)

Ramuan / Bahan

500 g stik empuk (dikisar/cincang)
500 g ubi kentang (direbus, dikupas kulit dan dilecek)
2 biji telur (direbus dan dikupas kulit)
2 camca mentega (dicairkan)
250 g lobak merah (dikupas kulit dan dipotong dadu) Bahan perasa:
Garam ]
Lada sulah ] secukup rasa
Cuka ]
Sos cili ]
Mayonis

Cara-cara

Gaulkan daging kisar/cincang dengan ubi kentang lecek. Lecekkan telur rebus dan gaulkan dengan mentega cair. Bubuh secukup bahan perasa ke dalam campuran telur. Gaulkan rata-rata denga campuran daging tadi. Campurkan lobak merah. Masukkan ke dalam acuan yang telah disapukan dengan minyak dan tutpkan dengan tudung ynag ketat. Kukus hingga masak. Hiris kuih daging dan hidangkan panas-panas dengan sos mayonis.