Daging Kuah Cabai

Ramuan / Bahan

300 gm daging
5 biji cili merah
10 ulas bawang putih
2 batang serai
1 labu bawang besar
4 sudu besar minyak 1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar susu cair
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa

Cara-cara

Potong daging sebesar 2.5 cm persegi. Bersih dan toskan. Cincang kasar-kasar cili merah dan bawang putih. Ketuk serai. Lereng bawang besar. Panaskan 3 sudu besar minyak dan goreng daging sehingga empuk. Ketepikan. Panaskan 1 sudu besar minyak, masukkan bawang putih dan kacau 1-2 minit. Masukkan cili dan kacau lagi. Masukkan bawang besar, sos cili, sos tomato, kicap dan serai. Masukkan daging dan masak selama 3 minit. Masukkan susu cair dan kacau selama 2 minit.