Daging Kicap Minyak Sapi

Ramuan / Bahan

½ kg daging lembu
1 sudu besar lada hitam (blend)*
5 sudu besar kicap manis*
sedikit air
2 sudu besar cuka*
3 sudu besar minyak sapiQBB*
garam (secukup rasa)
1 labu bawang besar (dibelah-belah kecil)
*Boleh ditambah @ dikurangkan

Cara-cara

1.Daging lembu dipotong nipis.
2.Kemudian diperap bersama-sama lada hitam,kicap,cuka,air serta sedikit air.Biarkan selama 20 minit.
3.Masukkan ke dalam kuali,rebus sehingga air hampir kering @ daging empuk.Jangan terlalu kering,nanti tak sedap.
4.Masuk bawang.(hiasan je)
5.Bila dah masak.Tutup api dan masukkan minyak sapi.