Daging Kicap Manis Kipas Udang

Ramuan / Bahan

1 Kati daging lembu/kambing - dipotong kecil2.
2 labu bawang besar- potong bulat2
2 ulas bawang putih tumbuk/cincang
sedikit halia muda tumbuk/cincang
3 biji cili hijau- belah panjang2jadi 6
2 biji cili merah- belah seperti atas

½ cawan kicap manis kipas udang
sedikit kunyit.
½ cawan tomato sos
½ cawan minyak masak
1 batang lobak merah-potong bulat2(boleh ukir seperti bunga ikut suka)
sepokok daun ketumbar/saderi(hiasan)

Cara-cara

1. Cuci daging yang telah dipotong. Gaulkan dengan kunyit dan sedikit garam.

2. Panaskan minyak dan masukkan daging tadi.Kecilkan api sedikit. Tutup kuali dan digoreng kira2 10 minit sambil dikacau2.

3. Apabila air daging telah hampir kering masukkan kicap dan sos tomato dan lobak merah .Tutup lagi sebentar.

4. Apabila daging telah sebati dengan kicap dan cantik masukkan bawang potong dan cili yang dipotong2 tadi.Jangan terlalu lama.

5. Angkat dan hidangkan dan hiaskan dengan daun ketumbar dan saderi.