Daging Kicap Kacang Soya

Ramuan / Bahan

½ kg daging batang pinang (dipotong kecil)
½ cawan kicap

Bahan-bahan dikisar:
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sm halia
2 sm lengkuas 2 labu bawang besar (dipotong bulat)
Sedikit air asam jawa
Sedikit serbuk perasa
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-cara

Daging digaul bersama kicap, simpan dalam peti sejuk semalaman, supaya daging dan kicap menjadi sebati. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga naik baunya. Kemudian masukkan daging dan sedikit perahan air asam jawa. Masak daging hingga empuk dan kering. Akhir sekali masukkan bawang yang dipotong bulat. Garam tidak perlu dicampur kerana kicap sudah masin.