Daging Ketumbar

Ramuan / Bahan

400 gm daging - potong kiub 3 cm
150 ml susu cair
2 biji limau kasturi
3 cawan air
1 labu bawang besar - potong empat
1 labu bawang besar - ditumbuk atau kisar
3 ulas bawang putih - ditumbuk atau kisar
2 cm halia - ditumbuk atau kisar
4 biji tomato - dikisar 1 sudu kecil kunyit serbuk
4 sudu besar ketumbar
2 cm kulit kayu manis
3 kelopak bunga lawang
3 biji pelaga
3 kuntum bunga cengkih
ΒΌ cawan minyak masak
2 sudu minyak sapi
1 sudu kecil garam dan gula

Cara-cara

Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam periuk, tumis bawang kisar dan halia sebentar. Masukkan kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang hingga wangi. Masukkan serbuk ketumbar serta kunyit, kacau hingga garing, masukkan daging kacau-kacau sekejap. Tuangkan air dan susu cair, biarkan mendidih hingga empuk dan hampir pekat, masukkan tomato kisar diikuti bawang besar belah empat. Apabila kuah sudah bersalut pada daging, perisakan dengan garam serta gula.