Daging Kambing Bungkus

Ramuan / Bahan

250 gm daging kambing batang pinang
100 gm tepung gandum
50 gm majerin
20 ml air suam 100 gm sos perang
2 gm rosemary (perasa herba)
Serbuk perasa
Garam

Cara-cara

Masukkan daging kambing yang telah dicampur dengan sedikit majerin ke dalam periuk dan panaskan sehingga setengah masak. Biarkan sejuk.

Gaul tepung dengan sedikit majerin dan air suam sehingga menjadi doh dan biarkan kira-kira setengah jam.

Canaikan doh lebih kurang 2 cm tebal.

Gulung daging kambing di dalam doh dan bakar ketuhar dalam kepanasan suhu 150 darjah Celcius selama 30 minit.

Sementara itu, panaskan sos perang adn campurkan dengan rosemary sehingga likat.

Apabila daging masak, hiris adunan mengikut citarasa masing-masing dan hidangkan bersama sos tadi.