Daging Kacang Panggang

Ramuan / Bahan

300gm Daging (dipotong nipis)
1 tin kecil kacang panggang
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tomato

1 inci halia (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 ulas bawang besar (dihiris)
1 sudu kecil serbuk lada putih

Cara-cara

1. Satukan Daging, kicap, halia dan serbuk lada putih. Perap seketika.
2. Tumis bawang putih dan merah sehingga naik bau, masukkan daging yang telah diperap tadi.
3. Masak sehingga daging empuk,jika kering tambahkan sedikit air.
4. Setelah daging empuk, masukkan kacang panggang dan sos tomato.
5. Masak sehingga kuah menjadi pekat sedikit (kepekatan kuah mengikut suka)