Daging Idaman

Ramuan / Bahan

1 kg daging
6 batang serai
2 cm lengkuas
8 tangkai cili kering
10 biji cili padi
2 sudu teh jintan putih 2 sudu teh jintan manis
3 sudu teh serbuk ketumbar
3 sudu makan gula merah
5 sudu makan kerisik
5 helai daun limau purut
Garam

Cara-cara

Daging dipotong dadu kira-kira 2 cm besar. Kisar bawang merah, lengkuas, cili kering, cili padi dan serai. Masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam kuali dan masak sehingga daging empuk dengan api sederhana. Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga kuah menjadi pekat. Angkat dan bolehlah dihidangkan.