Daging Hitam Perak

Ramuan / Bahan

600 g daging dipotong kecil setebal 1 cm
4 labu bawang besar dipotong empat
20 biji bawang merah dimayang halus
Sedikit air asam jawa
2 senduk kicap pekat manis
2 cawan air
Garam
Bahan kisar:
30 tangkai cili kering
100 g kismis hitam

Cara-cara

Daging + air + kicap + bawang besar direbus dalam periuk perlahan sehingga daging empuk dan kuah agak pekat. Ketepikan.
Bawang merah digoreng untuk dibuat bawang goreng.
Gunakan 2 senduk minyak bekas gorengan bawang tadi lalu tumis bahan kisar dalam kuali hingga naik minyak. Masukkan air asam jawa + sedikit gula. Masukkan daging tadi, kacau & masak hingga daging elok empuk. Akhir sekali masukkan bawang goreng lalu dikacau hingga sebati. Kuahnya biar pekat. Garam secukup rasa.