Daging Hitam Manis

Ramuan / Bahan

600 gram daging
1 cawan kismis hitam-diblend
1 sudu teh lada hitam-ditumbuk
4 ulas bawang putih-dimayang
4 ulas bawang merah -dimayang
5 biji cili kering-diblend
½ cawan kicap manis



200 gram ubi kentang dipotong nipis
2 biji bawang besar-dimayang bulat
1 ½ sudu makan gula dan garam
2 sudu makan ketumbar-ditumbuk
½ cm halia-ditumbuk
½ cm lengkuas-ditumbuk
3 sudu makan minyak sapi

Cara-cara

Daging dipotong nipis, digaul dengan kicap dan kismis, perap selama 1/2 jam atau lebih. Panaskan minyak sapi, dan goreng ubi kentang setengah masak-angkat. Tumiskan bawang putih, bawang merah, cili kering, halia, lengkuas, ketumbar, dan lada hitam.Kacau hingga wangi. Masukkan daging, garam dan gula secukup rasa. kacau sebati, masukkan air lebih kurang 3 gelas untuk merebus daging tersebut.Apabila daging empuk, masukkan lebihan kismis. Kemudian masukkan ubi kentang yang digoreng setengah masak tadi, kacau rata. kemudian bolehlah diangkat.