Daging Hitam Manis

Ramuan / Bahan

½ kg daging (dihiris)
3 biji cili merah
3 biji cili hijau (dibelah dua)
2 labu bawang besar (dibelah empat)
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
3 sudu besar sos Pranom Thai
2 sudu besar gula melaka
Serbuk perasa
Minyak masak Bahan dimayang:
3 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara-cara

Bersihkan daging dan tuskan. Panaskan sedudu besar minyak dan tumis halia, bawang putih dan bawang merah hingga naik baunya. Masukkan kicap manis dan kicap pekat serta 1 cawan air dan biarkan di atas api sederhana hingga ia mendidih. Masukkan daging dan sos Pranom Thai, gula melaka dan sesuaikan rasa. Biarkan di atas api sederhana hingga daging masak. Masukkan cili merah, cili hijau dan bawang besar. Biarkan seketika, angkat dan hidangkan.