Daging Gulung Bakar

Ramuan / Bahan

4 biji kentang, direbus dan dilenyek
200 gm keju parut
Sedikit garam
½ camca teh serbuk lada putih
1 camca teh jintan putih, ditumbuk halus 1 cm halia, dikisar
Sedikit daun ketumbar
5 ulas bawang putih, ditumbuk
500 gm daging cincang
2 batang lobak merah, diparut

Cara-cara

Gaul kentang bersama keju dan sedikit garam.

Campurkan lada putih, jintan, halia, daun ketumbar, bawang putih dan sedikit garam bersama daging cincang dan gaul rata. Kemudian bahagikan kepada enam bahagian.

Leperkan daging, letakkan kentang dan lobak merah rata-rata.

Gulung dan bungkus dengan kertas aluminium, lalu dibakar.