Daging Gulung

Ramuan / Bahan

600 gm daging
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu lada putih
2 cm kulit kayu manis
2 cm halia
1 sudu jintan manis
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih 3 biji bawang besar
1 tin kacang pis
3 biji tomato
6 biji telur
2 sudu tepung gandum
2 sudu minyak sapi
½ cawan minyak kelapa
Kicap
Garam

Cara-cara

Telur dibuat dadar. Daging dipotong nipis & cincang jangan sampai putus. Gaul bersama gula & garam. Lapiskan daging dengan telur, kemudian digulung & ikat menggunakan benang kasar. Halia, lada putih, kulit kayu manis, buah pelaga & cengkih digiling sampai halus. Rebus daging gulung bersama bahan-bahan yang digiling sampai masak. Kemudian dipotong nipis-nipis. Bawang besar dimayang subang. Panaskan minyak & tumis bawang. Masukkan 2 mangkuk air, garam & tepung.yang dibancuh bersama sedikit air. Masukkan bawang besar, tomato, kacang pis & kicap. Biar sampai mendidih. Bila masak, diangkat & masukkan daging yang dipotong tadi.