daging goreng lada hitam

Ramuan / Bahan

½kg daging lembu atau kambing (
dipotong kecil-kecil)
8 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 sudu serbuk lada hitam
3 gelas air


5 sudu minyak masak
3 sudu sos tiram
1 sudu kicap masim
1 sudu kicap manis
1 batang serai di titik.
garam secukup rasa

Cara-cara

1. panas kan minyak masak dengan api
yang kecil
2. sementara itu campurkan bawang
merah yang dikisar bersama dgn
bawang putih,halia dan serbuk lada
hitam.
3. Apabila minyak sudah panas, tumiskan
bahan yang dicampur tadi sehingga
naik bau.
4. masukkan daging tadi dan gaulkan
dengan bahan yang ditumis tadi
sehingga rata.
5. masukkan air dan serai dan tunggu
sehingga daging tadi empuk. jika
masih belum empok tambahkan lagi air
sehingga daging menjadi empok dan
lembut.
6. Apabila daging sudah lembut
( pastikan kuah sama paras dengan
daging/ tidak terlalu kering),
masukkan sos tiram, kicap masim,
kicap manis dan garam secukup rasa.
7. gaulkan bahan tadi dan tunggu selama
sepuluh minit.
8. Daging goreng lada hitam sudah siap
untuk dihidang.