Daging Goreng Lada Hitam

Ramuan / Bahan

300gm daging lembu
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (dimayang)
1 batang cili hijau
Serbuk kunyit
Lada hitam (ditumbuk)
Garam
Perasa
Minyak Masakan

Cara-cara

1.Gaulkan daging lembu dengan serbuk kunyit, garam dan lada hitam.

2.Goreng bersama minyak bahan gaul tadi dan biarkan empuk.

3.Apabila sudah empuk masukkan bawang putih, biarkan seketika.

4.Kemudian masukkan serbuk perasa, bawang besar dan cili hijau.

5.Sedia dihidang.