Daging Goreng Lada Hitam

Ramuan / Bahan

ΒΌ kg daging
2 camca besar lada hitam
2 labu bawang besar (dimayang bulat)
20 ulas bawang merah atau 5 labu bawang besar
5 sm halia dihiris nipis 2 biji cili merah (dimayang nipis)
2 biji cili hijau(dimayang nipis)
1 camca kecil serbuk kunyit
2 biji limau kasturi
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara

Daging dipotong nipis. lada hitam, bawang merah dan sedikit halia digiling hingga lumat. Kemudian gaulkan pada daging, campurkan sedikit garam, gula dan serbuk kunyit. Setelah itu perap selama satu jam. Rebuskan daging yang diperap tadi dengan secawan air dan biarkan hingga empuk. Setelah airnya kering, masukkan 2 camca besar minyak masak dan kacau biar rata kemudian masukkan bawang besar, halia serta cili yang telah di mayang tadi. Setelah itu bolehlah dihidangkan.