Daging Goreng Kicap Buaya Cinta

Ramuan / Bahan

1 kg daging
2 labu bawang besar - dihiris bulat
4 ulas bawang putih - dicincang
2 cm halia - dicincang 2 sudu besar rempah kari
5 sudu besar kicap
3 tangkai cili merah
Sedikit garam dan minyak

Cara-cara

Daging direbus hingga empuk, kemudian dihiris nipis. Jika suka boleh digoreng sebelum dicampurkan dengan bahan yang telah ditumis. Tumis bawang putih, halia hingga wangi baunya. Kemudian masukkan rempah kari dan bawang besar. Biarkan hingga bawang layu. Tambahkan kicap, cili merah dan garam sebagai perasa.