Daging Goreng Kicap Batu 10

Ramuan / Bahan

Daging ½ kilo
150 ml kicap manis
Halia
Bawang putih Cili kering yang di kisar
Bawang goreng
kulit kayu manis
¼ sudu garam

Cara-cara

Kisar halia dan bawang putih. Gaulkan daging bersama bahan kisar tersebut dan masukkan kicap manis serta garam. Perapkan selama 4-5 jam. Tumiskan cili yang telah dikisar. Masukkan kayu manis dan masak sehingga pecah minyak. Masukkan daging perap dan masak dengan api yang kecil sehingga air kering dan daging empuk. Sebelum angkat, taburkan bawang goreng dan gaulkan rata. Sedia untuk dihidangkan.