Tauhu Berlauk

Ramuan / Bahan

10 biji tauhu kering
100 gm isi ayam
100 gm isi udang
5 ketul fishball
1 biji telur ayam ½ mangkuk hirisan carrot
½ mangkuk hirisan sengkuang
3 biji cili merah
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Tauhu kering tadi dibasuh. Koyakkan sedikit kulitnya, keluarkan isi tahu dan terbalikkan tauhu tersebut (inside-out/kulit dalam keluar). Ketepikan

Isi udang, isi ayam, fishball, telur ayam, cili merah dikisar lumat.

Gaul rata bahan kisar dengan hirisan carrot dan sengkuang, dan campurkan juga isi tauhu yang dikeluarkan tadi. Campurkan garam secukup rasa.

Masukkan bahan-bahan yg digaul tadi kedalam kulit tauhu hingga penuh. Setelah selesai semua kulit tauhu tadi, bolehlah digoreng hingga kekuningan.

Sedia untuk dihidang.