Daging Goreng Kering

Ramuan / Bahan

300 gm daging (hiris nipis)
2 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 biji cili hijau (potong 4)
4 biji bawang putih (diketuk)
1 tin kacang pis 3 sudu besar sos tiram
4 cm halia (hiris nipis)
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih sehingga naik aromanya. Masukkan sos tiram. Setelah naik baunya, masukkan pula daging. Masak daging sehingga empuk. Masukkan cili hijau & halia. Akhir sekali barulah dimasukkan kacang pis, gula & garam. Kacau sebati, angkat & hidangkan.